Buku Tiada Yang Mustahil Edisi 3: Keusahawanan OKU - Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang

Kekurangan fizikal berstatus orang kurang upaya (OKU) ini membataskan tahap keupayaan individu yang diuji Allah dengan kekurangan fizikal yang diceritakan dalam buku ini. Apabila situasi sebegini dialami, mereka mulai memisahkan diri daripada berinteraksi dengan individu bukan OKU lain dek kerana lebih dimonopoli perasaan rendah diri yang menebal dalam diri. Sungguhpun begitu, kejayaan seseorang adalah terhasil daripada usaha, perancangan, sokongan serta doa dan tawakal. Sesuatu yang mustahil, boleh berlaku dengan izinNya jua. Demikianlah yang ingin diinspirasikan dalam Buku Tiada Yang Mustahil Edisi 3: Keusahawanan OKU - Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang. Penggunaan gaya bahasa yang santai dan jelas dalam pengkisahannya, pembaca terus-terusan mengikuti kisah demi kisah yang dikongsikan dalam penulisan kisah 17 orang usahawan OKU ini. Ambillah ibrah dan hikmah daripada setiap pengkisahan yang dikongsikan.