Kajian Kesihatan Mental Wanita Yang Menghadapi Diskriminasi Di Tempat Kerja (USIM) (2022)

Dua belas hipotesis telah dibina sebagai asas kepada kajian ini yang berbentuk tinjauan di lapangan dalam bentuk soal selidik untuk mencapai objektif bagi mengenal pasti keadaan semasa jenis diskriminasi di tempat kerja untuk golongan wanita di samping mengetahui peranan dan implikasinya terhadap kesihatan mental mereka. Populasi kajian ini ialah 5.1 juta wanita bekerjaya di Malaysia dan saiz sampel yang digunakan untuk pelaporan analisis adalah 411. Teknik yang digunakan ialah persampelan rawak mudah dalam pengumpulan data.

Kursus Penyediaan Laporan Sosial

  • Kursus ini bertujuan meningkatkan kefahaman tentang proses dan keperluan penyediaan Laporan Sosial dengan menyenaraikan kemahiran yang diperlukan serta cara penyediaan Laporan Sosial yang berkualiti. 

Kursus Asas Pendekatan Psikologi dalam Pengurusan Kes

  • Kursus ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan pengetahuan peserta tentang asas-asas pendekatan psikologi dalam pengurusan kes yang dikendalikan. Kemahiran-kemahiran asas pendekatan psikologi yang akan dipelajari akan berupaya meningkatkan kecekapan dan pengendalian kes dengan pendekatan psikologi. 

Kursus Kemahiran Kerja Kes Komuniti

  • Kursus ini bertujuan memberi pendedahan tentang sejarah perkembangan dan kepentingan kerja komuniti serta penjelasan secara menyeluruh berkenaan model, konsep utama dan peranan pekerja komuniti. Selain itu, proses kerja untuk melaksanakan kerja komuniti dan cara penyediaan draf cadangan kerja komuniti akan dipelajari secara terperinci.

Kursus Kemahiran Kerja Kes Kumpulan

  • Kursus ini bertujuan memberi pendedahan tentang konsep dan teknik kemahiran dalam praktis kerja kumpulan kepada pengamal sosial dan pekerja sosial di mana mereka akan dapat mempelajari dan memahami jenis-jenis kumpulan dan peranan pekerja sosial serta tahap-tahap perkembangan kerja kumpulan.

Kemahiran Kerja Kes Individu

  • Kursus ini bertujuan memberi pendedahan tentang konsep dan teknik kemahiran dalam praktis kerja sosial kepada pengamal sosial dan pekerja sosial di mana mereka akan dapat mempelajari cara mengaplikasikan kemahiran secara berkesan dan berterusan dalam praktis kerja sosial.

Kursus Neuro-Linguistic Psychotheraphy (NPLt) Practitioner untuk Pekerja Sosial

  • Kursus ini bertujuan untuk memahami kepentingan psikoterapi NLP untuk mempertingkatkan diri dari aspek pemikiran, emosi, komunikasi serta hubungan dengan masyarakat agar dapat melaksanakan tugas dengan lebih berkesan terutama dalam konteks kerja sosial. 

Kursus Professional Boundaries for Social Worker

  • Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman mengenai sempadan profesional dalam praktis kerja sosial dan juga memahami secara terperinci kaedah dan kemahiran menguruskan kes pelanggaran sempadan profesional.

Pengurusan Kesejahteraan Psikososial Komuniti

  • Kursus ini bertujuan memberi pendedahan tentang krisis/bencana serta isu-isu kesihatan mental dan cara mengaplikasi prinsip tindakan Bantuan Awal Psikologi (PFA) dalam membantu mangsa krisis/bencana dalam komuniti. Peserta dapat mempelajari cara mempraktiskan penjagaan kendiri apabila membantu orang lain dan menilai tahap keseriusan gangguan yang dialami oleh mangsa semasa krisis/bencana.