Pengenalan
- Program Diploma Pascasiswazah Kerja Sosial (DPSKS) merupakan program kerjasama Institut Sosial Malaysia (ISM) dengan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mulai tahun 2015 dan mendapat pengiktirafan Malaysian Qualifications Agency (MQA).
- Program ini bermatlamat untuk melahirkan siswazah yang menguasai ilmu kerja sosial, berfikiran kritikal dan mempunyai sikap serta kemahiran menyelidik dan berkeupayaan mengaplikasikannya dalam bidang pekerjaan.
Kandungan Kursus
- SKPW5002 Pengantar Kebajikan dan Kerja Sosial
- SKPW5012 Teori dan Praktis Kerja Sosial
- SKPW5022 Kesejagatan Tingkah Laku Manusia dan Persekitaran Sosial
- SKPW5032 Prinsip dan Etika
- SKPW5042 Praktis Kerja Sosial Individu dan Keluarga
- SKPW5052 Pengurusan dan Pentadbiran Kerja Sosial
- SKPW5062 Kemahiran Asas Kerja Sosial
- SKPW5072 Praktis Kerja Sosial Kumpulan
- SKPW5082 Praktis Kerja Sosial Komuniti
- SKPW5092 Kemahiran Penyelidikan dalam Bidang Kerja Sosial
- SKPW5102 Kerja Sosial dan Perundangan Sosial
- SKPW5112 Kerja Sosial Pelbagai Budaya
- SKPW5116 Praktikum
Kumpulan Sasar
Pegawai Pembangunan Masyarakat yang berkhidmat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Tempoh Kursus
1 Tahun
Yuran
Tertakluk Kepada Kelulusan Akademik