Pengenalan
  • Program SPAKS merupakan program persijilan profesional yang diperkenalkan mulai tahun 2023 bertujuan untuk meningkatkan profesionalisme peserta dalam bidang kerja sosial dan layak berdaftar sebagai Pekerja Sosial, sekaligus dapat meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan pekerja sosial yang lebih profesional dan berkesan. Program ini bersifat komprehensif dan memberikan nilai tambah dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan kompetensi kepada pekerja sosial sedia yang tidak mempunyai Pendidikan formal dalam bidang kerja sosial.
  • Kaedah kursus berbentuk latihan praktikum, penyediaan laporan dan pembentangan.
Kandungan Kursus
  1. Ice Breaking
  2. Pengenalan Kerja Sosial (Teras)
  3. Nilai, Prinsip dan Etika Kerja Sosial (Teras)
  4. Kemahiran Asas Kerja Sosial (Teras)
  5. Teori-Teori Kerja Sosial (Teras)
  6. Model yang Digunakan dalam Kerja Sosial (Teras)
  7. Kerangka Praktis Kerja Sosial (Teras)
  8. Kerja Sosial Bersama Individu, Keluarga, Kelompok dan Komuniti Praktis Kerja Sosial (Teras)
  9. Kepimpinan dalam Kerja Sosial (Elektif)
  10. Pelaksanaan Ujian Tahap Penguasaan Kerja Sosial
  11. Taklimat Khas Sesi Praktikum
  12. Sesi Praktikum
Kumpulan Sasar

Terbuka kepada Pegawai Pembangunan Masyarakat (S41 - S44), Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (S29 - S38), Pembantu Pembangunan Masyarakat (S19 - S26), Skim S di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Tempoh Kursus

2 Bulan

Yuran

Tertakluk Kepada Kelulusan Akademik