603-6126 5800 [email protected]

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

Pemacu Perbandaran Berdaya Huni Ke Arah Status Bandaraya Pada 2030

Berita

BENGKEL PENYELENGGARAAN BANGUNAN JAB. KEJURUTERAAN MP HULU SELANGOR
BENGKEL PENYELENGGARAAN BANGUNAN JAB. KEJURUTERAAN MP HULU SELANGOR

Majlis Perbandaran Hulu Selangor melalui Jabatan Kejuruteraan telah menganjurkan Bengkel Tatacara Kerja Penyelenggaraan Bangunan dan Garis Panduan Perlantikan Kontraktor Panel pada 20 Januari 2025 bertempat di Mercure Hotel Selayang.

Encik Hafizan bin Khamis, Ketua Unit Selenggara Bangunan, Majlis Perbandaran Selayang telah dijemput member penerangan berkaitan dengan selenggara aset dan bangunan majlis dalam bengkel ini.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk member panduan komprehensif mengenai kaedah penyelenggaraan aset bangunan majlis, tatacara pelaksanaan penyelenggaraan, serta garis panduan penggunaan kontraktor panel.

Menerusi perlaksaan bengkil ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dari segi penjagaan dan oenyelenggaraan bangunan.

PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG
PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

Terima Kasih diucapkan kepada semua yang hadir ke Program Hari Bertemu Pelanggan MPS pada 18 Januari 2025 bertempat di Dewan Sri Kayangan, Kompleks Pegawai Daerah Gombak.

Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada penduduk bagi menyuarakan sebarang aduan, cadangan atau pandangan, mendapatkan penjelasan berkenaan isu-isu berbangkit, serta menyelesaikan urusan berkaitan MPS secara terus dengan pihak pengurusan tertinggi. 

Turut hadir dalam program ini ialah Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS, Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS, Tuan Haji Azhar bin Samsuri, Penolong Setiausaha MPS; Tuan Ahmad Zahiri bin Zahid Sofian, Ahli Majlis MPS Zon 10; Tuan Mohd Montazeri bin Nordin, Ahli Majlis MPS Zon 11 bersama pengarah dan wakil jabatan MPS.

Bagi orang awam yang tidak berkesempatan menghadiri Program Hari Bertemu Pelanggan hari ini boleh melayari https://mps.spab.gov.my/eApps/system/index.do untuk sebarang aduan, cadangan dan maklum balas atau boleh ke media sosial kami untuk maklumat lanjut.

KAJIAN AWALAN DUE DILIGENCE AKTA PENGURUSAN SISA PEPEJAL & PEMBERSIHAN AWAM 2007 (AKTA  672) DI MPS
KAJIAN AWALAN DUE DILIGENCE AKTA PENGURUSAN SISA PEPEJAL & PEMBERSIHAN AWAM 2007 (AKTA 672) DI MPS

Taklimat Kajian Awalan Due Diligence Bagi Pelaksanaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) di Majlis Perbandaran Selayang telah diadakan bertujuan untuk menilai kesiapan, kekangan dan keperluan agar pelaksanaan akta ini dapat dijalankan secara efektif.

Sesi taklimat dan semakan dokumen yang berlangsung selama 4 hari ini diadakan bertempat di Bilik Anggerik, Menara MPS dan Bilik Siantan, Bangunan Lama MPS. Sesi lawatan tapak turut diadakan sepanjang taklimat ini berlangsung.

Aspek yang diberi penekanan Due Diligence adalah untuk memahami rangka undang-undang yang terpakai, termasuk Akta 672 dan undang-undang lain berkaitan pengurusan sisa pepejal di peringkat PBT.

Turut hadir dalam sesi taklimat ini Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS, Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Penolong Setiausaha MPS, Ts. Hairuddin bin Daud, Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan MPS, Encik Azman bin Omar, Jurutera Bahagian Konsesi Perkhidmatan, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, wakil-wakil Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, SWCorp, agensi berkaitan, Ahli Majlis MPS serta wakil-wakil Jabatan MPS.

Sesi penutup juga telah diadakan pada 10 Januari 2025 dengan pembentangan rumusan oleh wakil SWCorp  kepada Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS dan Pengarah Jabatan.

LAWATAN PENANDA ARAS MPS KE MAJLIS PERBANDARAN KULIM KEDAH DAN KULIM INDUSTRIAL CORRIDOR (KIC)
LAWATAN PENANDA ARAS MPS KE MAJLIS PERBANDARAN KULIM KEDAH DAN KULIM INDUSTRIAL CORRIDOR (KIC)

Majlis Perbandaran Selayang dengan kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah menyertai bengkel dan lawatan penandaarasan ke Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) pada 15 – 17 Januari 2024.

Lawatan dan bengkel ini bertujuan untuk memahami dan mempelajari amalan baik MPKK dalam menjalankan Inisiatif E10 Plus dengan menggunakan teknologi semasa termasuk AI dan Sistem Pangkalan Data Bersepadu  Kulim (KIDs) untuk menambah baik proses kelulusan dan pengurusan projek.

Seramai 27 orang kakitangan MPS telah menyertai lawatan dan bengkel ini. Delegasi MPS ini diketuai oleh Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS.

Turut sama dalam delegasi ini ialah Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Penolong Setiausaha MPS, Encik Shamsul Azlan bin Mohamad Anuar, Pengarah Jabatan Pusat Setempat (OSC), TPr. Puan Noriza binti Bahari, Pengarah Jabatan Perancang Bandar, Tuan Haji Mohd Syukri bin Abdullah Zawawi, Pengarah Jabatan Bangunan, Puan Zuliana binti Abu Talib, Pengarah Jabatan Pelesenan seta jabatan dalam MPS.

KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA 2025
KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA 2025

Kempen Keselamatan Jalan Raya 2025 anjuran Suzuki Malaysia dengan kerjasama Majlis Perbandaran Selayang telah diadakan pada 14 Januari 2025, bertempat di Dataran Ilmu, Bandar Baru Selayang.

Bertemakan ‘Kongsi Jalan Raya, Tunggang Berhemah’, kempen ini dianjurkan bersempena sambutan Tahun Baharu Cina untuk mengingatkan para pengguna jalan raya, khususnya penunggang motosikal, agar mengamalkan sikap berhemah di jalan raya demi mengelakkan kemalangan.

Pelbagai acara menarik turut diadakan, antaranya penukaran topi keledar secara percuma, pemeriksaan motosikal percuma oleh mekanik terlatih, serta pameran reruai oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah, Timbalan Menteri Pengangkutan. 

Turut hadir ialah Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS; Dato’ Normah binti Osman, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pengangkutan Malaysia; Datuk Aedy Fadly bin Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia; Datuk S Sasikala Devi, Timbalan Ketua Polis Selangor, pegawai-pegawai kanan kerajaan, wakil agensi, dan wakil jabatan dari MPS.

MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA TAHUN BAHARU 2025
MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA TAHUN BAHARU 2025

Seramai lebih 250 orang telah menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat anjuran Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sempena pembukaan tirai tahun baharu 2025 pada 9 Januari 2025 bertempat di Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves.

Acara dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah, diikuti dengan bacaan Yasin dan doa selamat yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Habib bin Abdul Fisol, Pengurus Lembaga Tadbir Masjid Jamek Al-Amaniah. Selepas bacaan Yasin, majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan daripada pihak MPS, yang disempurnakan oleh Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS, kepada pihak Masjid Jamek Al-Amaniah. Majlis diakhiri dengan Solat Isyak berjemaah dan jamuan makan.

Majlis ini turut disertai oleh Dato' Paduka Raja Tan Sri Dato' Dr. Haji Wan Mahmood bin Pa'wan Teh, Orang Kaya Maha Bijaya, Orang Besar Daerah Gombak, YB Puan Anfaal binti Shaari, EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Negeri Taman Templer, Tuan A. Rahim bin Ahmad Kasdi, Setiausaha Politik kepada Dato’ MB Selangor merangkap Penyelaras Dun Gombak Setia, pihak pengurusan MPS, para Penyelaras DUN, Ahli Majlis, wakil-wakil jabatan dan agensi di Gombak, serta kariah masjid

MAJLIS PENYERAHAN SURAT PENYIARAN KENAIKAN (TBK2) 2024 MPS
MAJLIS PENYERAHAN SURAT PENYIARAN KENAIKAN (TBK2) 2024 MPS

Majlis Penyerahan Surat Penyiaran Kenaikan Pangkat Secara Time Based (TBK2) Tahun 2024 Majlis Perbandaran Selayang telah berlangsung pada 6 Januari 2024.

Majlis ini melibatkan 3 kakitangan MPS dan disempurnakan oleh Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS serta disaksikan oleh Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan. Semoga pelantikan ini menjadi inspirasi kepada semua warga MPS untuk terus gigih melaksanakan tugas dan amanah.

Program Ahli Majlis @ JKP Zon - Tuan Haji Muhammad Najmi
Program Ahli Majlis @ JKP Zon - Tuan Haji Muhammad Najmi

Tuan Haji Muhammad Najmi, Ahli Majlis MPS telah menyampaian sumbangan barangan makanan asas daripada kerajaan negeri menerusi Menteri Besar Incorporated (MBI) dan PKD Gombak Setia serta saguhati tunai daripada JKP Zon 9 kepada penerima-penerima yang terdiri daripada pesakit kronik dan kelompok asnaf pada 5 Januari 2024.

Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu meringankan sedikit beban dan penduduk akan lebih memahami bahawa bantuan ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memastikan semua golongan masyarakat mendapat perhatian yang sewajarnya.

Program Ahli Majlis @ JKP Zon - Tuan Haji Mazlan dan Puan Ruhanah
Program Ahli Majlis @ JKP Zon - Tuan Haji Mazlan dan Puan Ruhanah

Tuan Haji Mazlan bin Musa, Ahli Majlis MPS Zon 3 bersama Puan Ruhanah binti Masruki, Ahli Majlis MPS zon 4 telah mengedarkan kalendar tahun baharu 2025 kepada peniaga dan orang ramai yang berkunjung ke Pasar Pagi Taman Greenwood pada 5 Januari 2025. 

Turut sama, Tuan Haji A Rahim bin Kasdi, Penyelaras DUN Gombak Setia.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Mazlan dan Puan Ruhanah di atas edaran kalendar tahun baharu. Semoga ianya dapat memudahkan urusan harian dan dapat membina komuniti yang lebih sejahtera.

Program Ahli Majlis @ JKP Zon - Tuan Haji Mazlan
Program Ahli Majlis @ JKP Zon - Tuan Haji Mazlan

Tuan Haji Mazlan bin Musa, Ahli Majlis MPS menyantuni salah seorang penduduk dari kawasan Zon 3 yang telah kehilangan suami akibat kemalangan jalan raya. 

Sumbangan ini bagi meringankan sedikit beban kepada keluarga mangsa dan juga merupakan inisiatif penting untuk memastikan kebajikan masyarakat di bawah zon Ahli Majlis agar terus dipelihara.

Tuan Haji Mazlan turut berkesempatan melawat sekitar Taman Berlian dan Taman Sahabat bagi meninjau keadaan saluran longkang yang perlu diselenggara dan dipulih baik bagi mengelakkan kawasan tersebut dinaiiki air sewaktu musim hujan.