603-6126 5800 [email protected]

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

Pemacu Perbandaran Berdaya Huni Ke Arah Status Bandaraya Pada 2030

Berita

AGIHAN MAKANAN BERBUKA PUASA OLEH MENTERI SELANGOR INCORPORATED (MBI) DENGAN KERJASAMA KSDK MPS
AGIHAN MAKANAN BERBUKA PUASA OLEH MENTERI SELANGOR INCORPORATED (MBI) DENGAN KERJASAMA KSDK MPS

Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan MPS telah mengagihkan sebanyak 400 pek makanan berbuka puasa kepada kakitangan MPS dan orang awam pada 19 Mac 2024 bertempat di Lobi Menara MPS. 

Turut hadir En. Mohamad Zin bin Masoad, Pengarah Jabatan Korporat dan En. TPr. Affendei bin Samingan, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat.

Semoga perkongsian rezeki ini dapat memberi manfaat serta mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

LANJUTAN MAJLIS MENANDATANGANI SURAT SETUJU TERIMA (SST)
LANJUTAN MAJLIS MENANDATANGANI SURAT SETUJU TERIMA (SST)

Lanjutan majlis menandatangani surat setuju terima (SST) kontrak bagi perkhidmatan kutipan sampah KDEB Waste Management (KDEBWM) dan MPS pada 28 Februari 2024 yang lalu, satu taklimat Pengurusan Perkhidmatan Kutipan Sisa Pepejal MPS 2024 oleh KDEBWM Cawangan Selayang telah diadakan pada 18 Mac 2024 bertempat di Dewan Beringin, Gombak. 

Sesi taklimat ini berobjektif untuk memberikan penerangan berkaitan pembahagian Zon Kutipan, Skop dan Spesifikasi Kerja (Kekerapan, kaedah dan waktu kutipan), penggunaan logistik dan jentera mengikut senarai zon dan juga tatacaran kutipan selaras dengan perjanjian kontrak baharu yang bermula pada 16 Mac 2024. 

Taklimat ini melibatkan semua lantikan baharu bagi kontraktor Pengurusan Perkhidmatan Kutipan Sisa Pepejal di Perbandaran Selayang selain Ahli-ahli Majlis MPS dan wakil jabatan dalaman MPS.

Diharapkan dengan taklimat ini dapat membantu kontraktor  melaksanakan tugasan kutipan dilapangan dengan sempurna mengikut jadual bagi memastikan  perkhidmatan kutipan kepada warga Selayang dapat diberikan dengan lancar dan mengikut jadual.

OPERASI MENURUKAN GEGANTUNG
OPERASI MENURUNKAN GEGANTUNG TIADA PERMIT

Jabatan Penguakuasa dan Keselamatan MPS telah menurunkan sebanyak 14 gengantung di beberapa lokasi di sekitar Selayang Jaya pada 17 Mac 2024. Gegantung yang mengiklankan tentang perkhidmatan cucian layan diri ini didapati tidak mempunyai permit gegantung yang sah dari MPS. 

Adalah diingatkan bahawa pemasangan sebarang kain rentang, sepanduk atau gegantung perlu mendapat permit kebenaran dari MPS. Pemantauan akan terus dibuat dan MPS akan mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang melanggar undang-undang yang ditetapkan.

SUMBANGAN PAKAIAN KEPADA MANGSA KEBARAN
SUMBANGAN PAKAIAN KEPADA MANGSA KEBARAN

MPS pada hari ini telah memberi sumbangan pakaian kepada mangsa kebakaran Kampung Simpang 3, Gombak yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Dewan Datin Zaleha.

Pakaian-pakaian ini diperolehi melalui kempen kitar semula yang dilaksanakan oleh Jabatan Sisa Pepejal dan Kesihatan MPS. Semoga dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa terutama dalam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.

OPERASI SITA PREMIS WARGA ASING
OPERASI SITA PREMIS WARGA ASING

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengenakan tindakan sita ke atas premis warga asing yang didapati menjalankan aktiviti hiburan dan menjual minuman keras di sebuah premis di Rawang Integrated Industrial Park . Operasi yang dijalankan pada 14 Mac 2024 melibatkan 23 orang anggota ini telah diketuai oleh En. Thivanrao a/l Prakasrow, Penolong Pegawai Penguatkuasa MPS.

Dalam operasi ini, Jabatan Penguatkuasa telah mengambil tindakan menyita 128 botol arak di bawah kesalahan seksyen Undang-undang Kecil (UUK) 3(1) Pelesenan Establisymen Makanan (MPS) 2007 dan 18 peralatan karaoke yang digunakan dibawah kesalahan Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1995.

MPS akan terus menjalankan pemantauan berkala dari semasa ke semasa dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak didapati melanggar peraturan dan syarat ditetapkan.

KUNJUNGAN CELCOMDIGI KE MPS
KUNJUNGAN CELCOMDIGI KE MPS

MPS telah menerima  kunjungan dari pihak pengurusan CelcomDigi Berhad pada 14 Mac 2024 bertempat di Bilik Anggerik, Tingkat 9, Menara MPS.

Lawatan yang diketuai oleh Tuan Hj. Romlan bin Sarpin, Ketua Jualan Perusahaan turut disertai 3 orang pegawai telah disambut oleh YBrs. Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS.

Pada sesi perjumpaan ini, pihak pengurusan CelcomDigi berbincang dan bekerjasama bagi mendalami inisiatif Bandar Pintar di samping berkongsi pendedahan proses berstruktur mengenalpasti dan mengukur kesan masalah atau cabaran jika masih berterusan.

Turut hadir dalam perjumpaan ini En. Mohamad Zin bin Masoad, Pengarah Jabatan Korporat; En. Hj Mohd Syukri bin Abdullah Zawawi, Pengarah Jabatan Bangunan; Pn. TPr. Noriza binti Bahari, Pengarah Jabatan Perancang Bandar; Pn. Zuriati, Timbalan Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat dan Pegawai Jabatan Bangunan.

LAWATAN TURUN PADANG KE TAPAK BAZAR RAMADAN BANDAR RAWANG
LAWATAN TURUN PADANG KE TAPAK BAZAR RAMADAN BANDAR RAWANG

Lawatan turun padang ke tapak Bazar Ramadan Bandar Rawang oleh Puan Alice Choo Foong Thye, Ahli Majlis Zon 15. 

Lawatan pada 13 Mac 2024 ini bertujuan untuk membincangkan kaedah bagi mengelakkan berlakunya kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan bazar Ramadan bersama pegawai trafik dan pengelola tapak bazar Ramadan 

Di samping itu, lawatan ini juga untuk memastikan persediaan gerai mematuhi syarat permit perniagaan sebelum aktiviti perniagaan bermula.

TINJAUAN TYDP MPS KE BAZAR RAMADAN BANDAR BARU SELAYANG
TINJAUAN TYDP MPS KE BAZAR RAMADAN BANDAR BARU SELAYANG

YBrs. Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, TYDP MPS telah melakukan lawatan tinjauan ke tapak Bazar Ramadan Bandar Baru Selayang sempena “Kempen Jom Makan Sampai Habis”  pada 12 Mac 2024. Turut serta ialah Tuan Ahmad Zahiri bin Zahid Sofian, Ahli Majlis Zon 10 dan Puan Zulaina Abu Talib, Pengarah Jabatan Pelesenan.

“Kempen Jom Makan Sampai Habis” merupakan kempen yang berobjektif untuk memberi kesedaran kepada masyarakat agar tidak melakukan pembaziran ketika berbelanja dan mengurangkan penghasilan sisa makanan.

Pada tinjauan tersebut, Tuan TYDP turut melihat pematuhan SOP selain berkesempatan untuk menyantuni dan menyerahkan kit berupa apron dan topi kepada peniaga bazar Ramadan untuk digunakan semasa menjalankan perniagaan. 

MPS berharap dalam keterujaan menyambut Ramadan,  masyarakat dapat mengurangkan budaya pembaziran yang berlebihan sepanjang bulan puasa ini. Selain itu, semua pengelola dan peniaga bazar Ramadan adalah diingatkan untuk memastikan aspek kebersihan adalah terjamin dan mematuhi syarat lesen serta SOP yang telah ditetapkan.

OPERASI PENGUATKUASA
OPERASI PENGUATKUASA

Sebuah restoran di Bukit Rawang Putra telah dikenakan tindakan pada 6 Mac 2024 di atas kesalahan meletakkan kerusi dan meja di tempat parkir kereta di hadapan kedai sehingga menimbulkan kacau ganggu dan gangguan trafik. 

Jabatan Penguatkuasa MPS telah mengambil tindakan menyita 20 buah meja dan 73 buah kerusi di bawah kesalahan Seksyen 46(1)D Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

MPS juga telah mengeluarkan sebanyak 4 kompaun di bawah Undang-undang Kecil (UUK) Establisymen Makanan, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974, Undang-undang Kecil (UUK) 3 Penjaja dan Undang-undang Kecil (UUK) Pengendalian Makanan (MPS) 2007.

Pemantauan berterusan akan terus dilaksanakan oleh MPS dan tindakan akan dikenakan kepada mana-mana individu yang didapati melakukan kesalahan.

LAWATAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL) KE MPS
LAWATAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL) KE MPS

MPS telah menerima lawatan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 6 Mac 2024 bertempat di Bilik Anggerik, Tingkat 9, Majlis Perbandaran Selayang.

Lawatan yang diketuai oleh Tuan Syazrul Nizam  Bin Sulaiman, Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Infrastruktur DBKL turut disertai 4 orang pegawai telah disambut oleh Tuan Ir. Ts. Hazrin Hazizi bin Hussain Sabri, Timbalan Pengarah Jabatan Kejuruteraan MPS.

Pada sesi lawatan tersebut, Tuan Ir. Haji Shaiful Nor Aidil bin Mohd Jaya, Pengarah Jabatan Kejuruteraan MPS telah memberi taklimat mengenai Yuran Memproses Pelan Kejuruteraan (Pelan Kerja Tanah dan Pelan Jalan Perparitan) serta Punca Kuasa dan Undang-Undang Kecil.

Semoga dengan sesi lawatan ini hubungan kerjasama antara MPS dan DBKL ini dapat meningkatkan jaringan perkongsian maklumat bagi kelestarian kesejahteraan bandar secara mampan.