Berita

TONG SAMPAH DIBAKAR
MPS amat kesal apabila tong sampah yang disediakan di perumahan bertingkat di kawasan komersial Taman Sri Batu Caves untuk memudahkan penduduk membuang sampah dibakar individu tidak bertanggungjawab.
Insiden ini telah menyebabkan sampah bersepah dan mendatangkan kerugian kepada pihak MPS.
Adalah diingatkan bahawa tong sampah yang telah disediakan adalah untuk kemudahan penduduk dan menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memastikan ianya digunakan dengan sebaiknya.

MESYUARAT JAWATANKUASA SIASATAN TEMPATAN DAN PENDENGARAN DRAF RANCANGAN TEMPATAN MPS 2030
Sekitar Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Tempatan dan Pendengaran (JKSTP) Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Selayang 2030 telah diadakan pada 28 Jun 2024 bertempat di Templer's Ballroom, Setia Eco Templer, Rawang.
Mesyuarat JKSTP ini merupakan proses yang perlu dilakukan selepas program Publisiti dan Bantahan Awam dilaksanakan. Dalam mesyuarat ini akan dibentangkan laporan maklum balas publisiti dan representasi bagi membantu Jawatankuasa mendengar setiap bantahan dan cadangan yang telah dibuat sepanjang tempoh Publisiti dan Bantahan Awam berlangsung.
Dato' Ng Suee Lim selaku EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan merupakan Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Tempatan dan Pendengaran (JKSTP); dan TPr. Khairulzaman bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor pula merupakan Timbalan Pengerusi Mesyuarat JKSTP. Turut sama dalam mesyuarat ini, Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS; Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS; Ketua - ketua WHIP MPS; dan TPr. Puan Noriza binti Bahari, Pengarah Jabatan Perancang Bandar MPS.
|
|
|
|

PERHIMPUNAN BULAN JUN 2024
Sekitar Majlis Perhimpunan Bulanan yang dihoskan oleh Jabatan Perundangan yang telah diadakan pada 26 Jun 2024 bertempat di Lobi Menara MPS.
Pada majlis ini, YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin selaku Yang Dipertua MPS yang baharu dalam ucapan beliau telah menekankan tentang penambahbaikan dan peningkatan kualiti perkhidmatan selain tatakelola yang baik dalam melaksanakan tugas. Turut diadakan pada majlis ini penyampaian hadiah bagi Pertandingan EKSA MPS 2024 sempena Audit Dalam EKSA yang diadakan pada 5 Jun 2024 yang lalu.
Di samping itu turut diadakan pemberian sumbangan dermasiswa oleh Ibu Pejabat ANULAE kepada 8 orang anak-anak Ahli ANULAE Cawangan MPS yang memperoleh kejayaan dalam peperiksaan SPM 2023.
Turut sama di dalam Majlis Perhimpunan ini barisan Ahli Majlis, para Pengarah Jabatan dan kakitangan MPS.

MESYUARAT MAJLIS BIL.6 2024
Sekitar Mesyuarat Majlis Bil. 6/2024 yang telah berlangsung pada 26 Jun 2024 bertempat di Bilik Siantan, Bangunan Lama MPS.
Mesyuarat majlis ini telah dipengerusikan oleh Tuan Shahman Bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS. Turut hadir dalam mesyuarat ini Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS; Ahli-Ahli Majlis MPS dan Pengarah-pengarah Jabatan MPS.

LAWATAN MPKS KE MPS
Majlis Perbandaran Selayang telah menerima lawatan dari Majlis Perbandaran Kuala Selangor pada 26 Jun 2024.
Lawatan kunjung hormat ini disertai oleh 23 orang diketuai oleh YBrs. Puan Liliana binti Ahmad, Pengarah Jabatan Perbendaharaan MPKS dan disambut oleh Tuan Haji Az'har bin Samsuri, Pengarah Perbendaharaan MPS.
Tujuan lawatan adalah untuk berkongsi pengetahuan berkenaan pelaksanaan sistem e-SIM di Majlis Perbandaran Selayang.
Turut hadir dalam perjumpaan ini Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS, para Pengarah Jabatan dan wakil dalaman MPS.
|
|

MESYUARAT YDP MPS BERSAMA AHLI PARLIMEN DAN ADN BIL.2 2024
Mesyuarat Yang Dipertua MPS bersama Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negeri Bilangan 2 Tahun 2024 telah diadakan pada 24 Jun 2024 bertempat di Bilik Siantan, Bangunan Lama MPS.
Mesyuarat ini bertujuan sebagai platform dua hala antara MPS dan Pemimpin Tempatan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku di kawasan pentadbiran MPS serta berkongsi pandangan untuk menambah baik sebarang kelemahan dalam piagam pelanggan dan sistem penyampaian.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang. Turut sama, Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS; YB Puan Anfaal binti Shaari, ADN Taman Templer; YB Puan Pua Pei Ling, ADN Bukit Lanjan; wakil-wakil Parlimen dan DUN serta pengarah-pengarah Jabatan MPS.
|
|

PROGRAM 'THE ADVENTURE TRIPS' KE PETROSAINS, KLCC
Sekitar program ‘The Adventure Trips’ ke Petrosains KLCC telah berlangsung pada 22 Jun 2024 melibatkan seramai 43 orang kanak-kanak Taska MPS, ibu bapa dan kakitangan Jabatan Khidmat Pengurusan, MPS.
Aktiviti ini memberi pendedahan baru kepada kanak-kanak tentang hubungan alam dan sains serta memberi pengalaman bermain sambil belajar mengenai STEM (science, technology, engineering & mathematics).

PROGRAM CERAMAH MOTIVASI ANJURAN RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM (AKRAB)
Program Ceramah Motivasi anjuran Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) telah diadakan pada 21 Jun 2024 bertempat di Lobi Menara MPS.
Ceramah motivasi yang bertajuk 'Burnout' telah disampaikan oleh Tuan Amin Idris untuk memberi pengetahuan tentang pengurusan 𝙎𝙩𝙧𝙚𝙨𝙨 dan mencari keseimbangan yang sihat di tempat kerja.
Turun sama dalam program ini, Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS, Ahli Majlis, Pengarah Jabatan dan 300 orang kakitangan MPS.

PROGRAM TAKLIMAT PENDENGARAN BANTAHAN SENARAI NILAIAN BAHARU
Sekitar Program Taklimat Pendengaran Bantahan Senarai Nilaian Baharu, Majlis Perbandaran Selayang telah diadakan pada 21 Jun 2024 bertempat di Dewan Simfoni, Taman Rimba Bukit Lagong.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Sr. Farah Firdaerma binti Mohamad Nasokan, Ketua Bahagian Penilaian, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPS kepada ADN, wakil ADN dan Parlimen dan Ahli-ahli Majlis MPS untuk menerangkan semula kepada pemilik kediaman di bawah pentadbiran MPS tentang kenaikan kadar nilaian baharu ini.
Turut sama pada sesi penerangan ini adalah Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS; Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS dan Pengarah Jabatan MPS.
|
|

PROGRAM IBADAH KORBAN 2024
Kelab Sukan dan Kebajikan (KSDK) dengan kerjasama Anulae Cawangan MPS telah menganjurkan Program Ibadah Korban Majlis Perbandaran Selayang 1445H/2024M pada 19 Jun 2024 bertempat di Kuarters Kakitangan MPS, Bandar Baru Selayang.
Seramai 21 orang kakitangan MPS dan ahli keluarga telah melakukan ibadah korban dengan mengorbankan 3 ekor lembu. Sebanyak 101 plastik daging korban ini kemudian telah diagihkan kepada penduduk di Apartment Dahlia A dan Apartment Dahlia B Bandar Baru Selayang.
Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS telah turut hadir menyaksikan ibadah korban yang bermula pada jam 8.30 pagi dan meninjau operasi melapah dan menimbang daging. Selain itu, lebih 90 kakitangan MPS telah bersama-sama turut bergotong royong memasak juadah yang kemudian dihidangkan kepada semua yang terlibat.
Hadir sama, Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS, YDH Dato’ Paduka Raja Tan Sri Dato’ (Dr.) Haji Wan Mahmood bin Pa’wan Teh, Orang Besar Daerah Gombak merangkap Ahli Majlis MPS, Encik Zikry bin Zulkifle, Presiden KSDK MPS dan para Pengarah Jabatan MPS.
|
|