Mengenai Kami

Pengenalan

Pusat Sumber Institut Sosial Malaysia ditubuhkan pada tahun 2002 selari dengan penubuhan Institut Sosial Malaysia (ISM). Unit Pusat Sumber merupakan salah satu unit di bawah Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP). Pusat Sumber ditubuhkan bagi menyokong kemudahan penyelidikan, pembelajaran, rujukan dan latihan yang dianjurkan oleh ISM. Pusat Sumber berperanan menyediakan pelbagai koleksi bahan rujukan serta bahan penyelidikan khususnya dalam bidang kerja sosial kepada semua pegawai dan kakitangan ISM serta kepada peserta kursus yang berkhidmat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan agensi-agensi di bawahnya.

Visi
Menjadi pusat rujukan ilmu dan maklumat berkaitan bidang latihan, penyelidikan dan pembangunan kerja sosial.

Misi
Menyediakan sumber maklumat dan penyampaian perkhidmatan Pusat Sumber yang berkualiti dan cekap serta menjadi penggerak memupuk budaya membaca di kalangan warga jabatan.

Fungsi

  • Membangunkan, mendokumentasi dan menyelenggara bahan-bahan Pusat Sumber.
  • Menyediakan sumber rujukan berkaitan bidang latihan, penyelidikan dan pembangunan kerja sosial.
  • Menyediakan perkhidmatan sirkulasi, rujukan dan kesedaran semasa.
  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan program galakan membaca dan aktiviti pembudayaan ilmu.

Peraturan

  1. Pengguna adalah tertakluk kepada Peraturan Am Pusat Sumber ISM.
  2. Pengguna diwajibkan berpakaian kemas dan sopan serta berkelakuan baik semasa berada di dalam pusat sumber.
  3. Pengguna yang terdiri daripada pelajar IPTA/ IPTS atau dari organisasi luar yang lain dikehendaki membawa bersama surat pengesahan dari Fakulti/ Universiti/ Institusi/ Organisasi masing-masing sebagai bukti untuk membuat rujukan di Pusat Sumber ISM.
  4. Pengguna mestilah mematuhi setiap peraturan tambahan yang ditetapkan ketika menggunakan perkhidmatan atau kemudahan pusat sumber seperti perkhidmatan komputer dan sebagainya.
  5. Pihak Pusat Sumber ISM tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan dan kerosakan barangan milik pengguna semasa berada di dalam Pusat Sumber ISM.
  6. Pengguna haruslah mengembalikan bahan yang telah digunakan ke troli buku khas yang disediakan dan memastikan tiada sebarang bahan ditinggalkan di atas meja.
  7. Telefon bimbit atau sebarang peralatan elektronik perlu ditetapkan dalam mod senyap.
  8. Sebarang bunyi yang tidak munasabah, perbualan yang kuat, panggilan telefon bimbit kuat atau bermain muzik atau video yang kuat adalah tidak dibenarkan.
  9. Dilarang merokok, makan dan minum semasa berada di dalam Pusat Sumber ISM.
  10. Dilarang membawa masuk beg dan payung ke dalam pusat sumber. Sila simpan di rak penyimpanan/ loker yang disediakan dan pengguna dinasihatkan agar tidak meninggalkan barangan berharga di rak penyimpanan/ loker.
  11. Dilarang berbual atau berbuat bising dan mengganggu ketenteraman pengguna lain di dalam pusat sumber.
  12. Pengguna yang berbuat demikian boleh diarahkan meninggalkan pusat sumber.
  13. Dilarang membawa dan memindahkan bahan dari satu koleksi ke koleksi yang lain.
  14. Dilarang membuang sampah merata-rata.
  15. Pihak Pusat Sumber ISM berhak menegur dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pengguna yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
  16. Pihak Pusat Sumber ISM berhak untuk memeriksa beg atau harta peribadi lain apabila pengguna memasuki atau meninggalkan pusat sumber.
  17. Peraturan Am Pusat Sumber ISM tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

Waktu Perkhidmatan

HARIMASA
Isnin - Khamis8.00 pagi – 1.00 tengah hari
2.00 petang – 5.00 petang
* Ditutup pada jam 1.00 tengah hari – 2.00 petang
Jumaat8.00 pagi – 12.15 tengah hari
2.45 petang – 5.00 petang
* Ditutup pada jam 12.15 tengah hari – 2.45 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Kelepasan AmTUTUP

Koleksi

  1. Koleksi Rak Terbuka (Open Shelf)
    Koleksi buku yang terdiri daripada terbitan dalam dan luar negara yang merangkumi pelbagai bidang perkara/subjek. Bahan ini boleh diakses di rak terbuka bagi tujuan pembacaan dan pinjaman.
     
  2. Koleksi Rujukan
    Koleksi rujukan meliputi koleksi seperti kamus, ensiklopedia, laporan tahunan, direktori dan buku panduan. Koleksi ini tidak boleh dibawa keluar dari pusat sumber dan terhad untuk rujukan di dalam pusat sumber sahaja.
     
  3. Koleksi Terbitan Bersiri
    Koleksi terbitan bersiri merujuk kepada penerbitan bersiri yang dibeli dan dilanggan oleh Pusat Sumber ISM. Koleksi ini terdiri daripada surat khabar tempatan serta majalah tempatan dan luar negara. Ia adalah terhad untuk rujukan dalaman sahaja.
     
  4. Koleksi Sumber Media
    Koleksi ini merupakan bahan bukan bercetak yang terdiri daripada CD, VCD, DVD dan kaset.
     
  5. Koleksi Khas ISM
    Koleksi bahan yang diterbitkan oleh ISM yang terdiri daripada penerbitan ilmiah, separa ilmiah dan bukan ilmiah seperti buku, jurnal, modul latihan, laporan tahunan, kajian dan sebagainya.

     

 

Perkhidmatan

Sirkulasi
Perkhidmatan ini meliputi pendaftaran keahlian, pinjaman/pemulangan serta tempahan bahan. Semua warga ISM diwajibkan mendaftar sebagai ahli Pusat Sumber bagi membolehkan mereka meminjam bahan bacaan.

Pertanyaan Rujukan
Perkhidmatan ini disediakan bagi memenuhi keperluan maklumat pengguna dengan membantu pengguna mendapatkan maklumat yang betul dengan cepat dan tepat. Pengguna boleh mengajukan pertanyaan dengan cara datang sendiri ke perpustakaan atau melalui borang pertanyaan, e-mel dan panggilan telefon.

Kesedaran Maklumat Semasa dan Terpilih

Perkhidmatan ini ditawarkan melalui penyediaan perkara-perkara berikut:

  1. Edaran Artikel Majalah/Jurnal Terpilih melalui e-mel dan media sosial kepada warga ISM.
  2. Edaran Senarai Sinopsis Bahan Bacaan Terpilih Pusat Sumber melalui e-mel kepada warga ISM dan KPWKM.
  3. Edaran poster ‘Cakna Bahasa’’ melalui media sosial Pusat Sumber ISM
  4. Pameran buku baharu.

Pinjaman Berkelompok PNM
Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bagi menampung koleksi bahan bacaan kepada perpustakaan/ institusi / jabatan yang tiada peruntukan tetap untuk perolehan buku yang besar.

Pinjaman Antara Perpustakaan
Pusat Sumber ISM memberikan perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan melalui perkhidmatan Inter Library Loan (ILL) menerusi Sistem Katalog Induk Kebangsaan (KIK) milik Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Melalui perkhidmatan ini warga ISM boleh meminjam bahan bacaan daripada perpustakaan lain melalui Pusat Sumber ISM tanpa perlu ke perpustakaan tersebut.

Pendidikan Pengguna dan Literasi Maklumat
Perkhidmatan ini diadakan bagi membimbing dan meningkatkan tahap literasi maklumat pengguna dalam mencari bahan serta maklumat yang sahih, tepat dan terkini.

Permohonan ISBN dan ISSN
Pusat Sumber ISM memberikan perkhidmatan untuk membantu Kluster mendapatkan nombor ISBN/ISSN daripada Perpustakaan Negara Malaysia bagi setiap penerbitan ISM yang akan diterbitkan. Perkhidmatan ini adalah secara percuma kepada penerbit jabatan/agensi kerajaan dan swasta.